Pages

Friday, October 10, 2014

Selamat Datang





TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 

TAHUN 5

SRDI 2.0

SISTEM RANGKAIAN dan DUNIA INTERNET
 (SRDI)

Standard Kandungan:
 2.0 Memahami Fungsi Peranti Rangkaian Komputer

Standard Pembelajaran:
2.1 Menamakan peranti rangkaian
2.2 Menerangkan fungsi peranti rangkaian
2.3 Menilai dan membanding keupayaan peranti rangkaian

Objektif:
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
  1. Menamakan peranti rangkaian.
  2. Menerangkan fungsi peranti rangkaian.
  3. Menilai dan membanding keupayaan peranti rangkaian.

Perkakasan Rangkaian Komputer

Perkakasan rangkaian komputer merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protokol yang sama.


Thursday, October 9, 2014

Kabel Rangkaian

  • Perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.
  • Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.

Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


  • Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
  • Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
  • Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.

Hab

  • Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu kawasan setempat (LAN).
  • Hab mempunyai port rangkaian, Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua perantidalam rangkaian boleh menerima data berkenaan,
  • Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel-kabel dalam sebuah rangakaian.

Suis (Switch)



  • Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
  • Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.